
Sinar Kuasa Resources merupakan syarikat perkhidmatan servis dan kontraktor yang berpengalaman dalam bidang elektrik, penghawa dingin, solar panel serta perkhidmatan berkaitan TNB.
Kami berdaftar dengan CIDB, Suruhanjaya Tenaga, SSM, MOF dan TNB, serta sentiasa mematuhi piawaian keselamatan dan spesifikasi teknikal yang ditetapkan.
Dengan pasukan kerja yang mahir, kami komited untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, kemas dan selamat bagi pelanggan dari sektor kediaman, pejabat dan komersial.
Visi Kami:
Memberi perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mengutamakan standard keselamatan yang tinggi.
